Istiadat Naning 19
Istiadat Naning 19
  • Home
  • GALERI
  • SEMAKAN PENERIMA
  • PENGENALAN
  • More
    • Home
    • GALERI
    • SEMAKAN PENERIMA
    • PENGENALAN
  • Home
  • GALERI
  • SEMAKAN PENERIMA
  • PENGENALAN

Istiadat Naning 19

JAWATAN AWAL HINGGA KINI

 

SENARAI PENGHULU NANING

Jawatan Penghulu atau Undang Naning dikatakan mula diwujudkan setelah Melaka diambil alih oleh Belanda daripada Portugis pada tahun 1641. Sejak itu, Naning dikira termasuk dalam pengaruh Belanda.

Jawatan tersebut diwujudkan atas cadangan pihak Belanda dan dipilih oleh penduduk Naning. Namun demikian, penulisan Shahba (1951) memerihalkan bahawa Naning mempunyai 11 orang penghulu sebelum YAM Dato’ Megat Alam Melintang dan ini bermakna jawatan Penghulu Naning bukannya wujud pada zaman Belanda, tetapi jauh lebih lama lagi. Walaupun bergelar Penghulu, tetapi taraf Penghulu Naning boleh dianggap menyamai Raja-raja Melayu kerana pengaruh yang dimiliki Penghulu Naning adalah besar ketika zaman silam.

Justeru, di bawah merupakan nama-nama Penghulu Naning yang dicatatkan daripada pihak Belanda dan Inggeris, sehingga kini:

  1. YAM Dato’ Megat Alam Melintang (1641 – 1671)
  2. YAM Dato’ Megat Junjungan Limau (1671 – 1701)
  3. YAM Dato’ Juara Megat (memangku Posako) (1701 – 1705)
  4. YAM Dato’ Kokah @ Azahari (1705 – 1765)
  5. YAM Dato’ Gahang Berbulu (1765 – 1775)
  6. YAM Dato’ Selamat Idris (1775 – 1780)
  7. YAM Dato’ Timba (1780 – 1786)
  8. YAM Dato’ Anjak bin Dol Mat(1786 – 1799)
  9. YAM Dato’ Abdul Said bin Omar @ Dol Said(1799 – 1849)
  10. YAM Dato’ Idas (1849 – 1870)
  11. YAM Dato’ Muhammad Salleh @ Arab(1870 – 1900)
  12. YAM Dato’ Ranting bin Haji Tahir(1900 – 1901)
  13. YAM Dato’ Hassan bin Sulong(1901 – 1916)
  14. YAM Dato’ Omar bin Hassan(1918 – 1923)
  15. YAM Dato’ Arsyad (1923 – 1931)
  16. YAM Dato’ Othman bin Kering (1932 – 1940)
  17. YAM Dato’ Che’ Lah bin Mohd Sah(1942 – 1949)
  18. YAM Dato’ Mohd Shah bin Mohd Said (1951 – 2004)
  19. YAM Dato’ Abdul Latif bin Hashim (2004-Sekarang)

Copyright © 2016 Istiadat Naning 19 - All Rights Reserved.

Powered by DATO KEHORMAT UNDANG WILAYAH NANING

This website uses cookies.

We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.

Accept